Perbicaraan di Mahkamah Pilihan Raya Danny Anthony Andipai

  • Pada 9 April 2008, Danny memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya. Danny menamakan Joseph sebagai responden pertama, manakala responden kedua, iaitu Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu. Danny mendakwa Bubudan tidak mengendalikan pilihan raya itu mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Danny menyatakan telah menyerah borang pencalonan pada waktu yang ditetapkan, namun Pegawai Pengurus Pilihan Raya sibuk menghabiskan masa untuk calon lain menyebabkan beliau tidak berpeluang mengemukan borang sehingga pencalonan ditutup jam 9.55 pagi.

Peguam Danny Andipai ialah Datuk Chau Chin Tang dan Ansari Abdullah. Peguam Alex Decena mewakili Kurup manakala Peguam Kanan Persekutuan Chandra Devi dan Suzanna Atan mewakili Bubudan.

Arthur Bonnie @ Bernie (31) peguam kepada Presiden Parti Setia, Suhaidin Langkap, menyatakan bahawa hanya saman muflis dijadikan alasan semasa peguam-peguam Joseph Kurup mengemukakan bantahan. Danny dikatakan mempunyai saman muflis. [2]